Semaian keratan batang

Pilih satu ranting poko yang segar dan sihat


Bahagikan keratan kepada 3 bahagian

A. Keratan Keras
B. Keratan kayu sederhana keras
C. keratan kayu Lembut


Potong keratan yang dikehendaki dengan gunting pemangkas

Sebelum menanam keratan bahagian bawah keratan
dicelupkan dengan serbuk hormon penggalak akar


Hormon penggalakkan akar digunakan untuk mempercepatkan
pertumbuhan akar pada bahagian bawah keratan

Sediakan bahan-bahan untuk medium semaian.
A. Tanah Loam
B. Bahan organik
C. Pasir sungai


Tapis semua bahan terlebih dahulu

Sukat medium semaian mengikut nisbah yang diperkenalkan oleh
John Innnes Potting (JIP) iaitu 7:3:2
7 - Tanah Loam
3 - Bahan organik
2 - Pasir sungai

Gaulkan semua bahan medium sehingga rata
Masukkan medium semaian ke dalam beg poli

Cucukkan keratan batang ke dalam medium semaian

Padatkan medium semaian

Siram semaian dan letakkan ditempat teduh

Semasa tempoh semaian rumput rumpai hendaklah dibuang

Membaja semaian perlu untuk suatu tempoh berselang waktu

Semaian hendaklah dihindar daripada musuh seperti siput
belalang dan kumbang perosak


No comments:

Post a Comment